Kelas Asas ICT (Sejarah Perkembangan ICT)

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 27 April 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Sejarah Perkembangan ICT’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai sejarah perkembangan ICT di dunia.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan sejarah penubuhan, pengasas-pengasas, kegunaan serta perkembangan teknologi seperti search engine google, laman sesawang youtube dan media sosial facebook. Peserta turut diterangkan sedikit mengenai cekera keras serta fungsiny dalam komputer.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali